Dec 8, 2011

salahkah aku mencintaimu?..

 susah untuk aku mengatur kata
kata-kata yang selama ni terbuku di dlm hati
adakah aku yang terlalu memaksa
atau tiada lagi ruang untuk diri ini..

sering aku bertanya, "adakah dia menyayangiku?"
tahukah dia antara alasan aku bertanya?

buat dirimu di sana
aku menyayangimu seadanya
alasanku mengapa sering kali aku bertanya
adalah kerana aku jua ingin kau menerimaku seadanya..
aku pasrah setelah sekian lama
kau menyepi hanya kerana
titik hitam yang pernah melanda jiwa

hanya airmata menjadi teman
hanya coretan yang mengisi kekosongan
hanya penantian yang akan menentukan
hanya doa yang dapatku hadiahkan

aku, hanyalah seorang wanita biasa
aku sedar dengan kekurangan yang ada
kerana kekurangan inilah yang membuatkan aku tertanya tanya
adakah dia sudi menerimaku seadanya?..

bagaimana lagi harus ku buktikan segalanya
sekiranya tidak langsung diberi ruang tuk berbicara
luluh hati ini tatkala mendengar tuduhan melulu darinya
tak terdaya lagi tuk melawan kata-kata

aku redha dengan ketentuanMu
KeranaMu aku mengenalinya
keranaMu hatiku terbuka
keranaMu juga aku mencintainya..

jika takdir telah menentukan segalanya
aku terima seadanya
biarlah diriku yang terluka
asalkan dia bertemu bahagia

Ya Allah, Kau lindungilah dia
lembutkanlah hatinya
Kau berkatilah hidupnya
permudahkanlah rezekinya

buat insan yang ku kasihi
izinkan aku bertanya
salahkah aku mencintaimu?..

huraikanlah ia seikhlas hati
mungkin tidak pada diriku ini tapi
memadailah pada dirimu sendiri..
 Hasil Nukilan, HunnyGee @ Aezi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...