Jun 10, 2013

Apakah rasa ini?..


Terkadang aku merasa seperti bermimpi, Tetapi inilah realiti
Adakah aku yg terasa sendiri? Apakah rasa ini?

Amat sukar mengukir kata
Hanya terdaya menyembunyikan segalanya
Tak sanggup lagi membiarkan diri disakiti lagi, Biarlah selamanya diri ini begini

Aku lihat mereka bahagia tapi mengapa tidak aku?
Mungkin aku bahagia tapi bukan untuk selama-lamanya.
Terkadang diri ini memujuk sendiri, Segala yang terjadi adalah ketentuan Ilahi
Aku kena redha dengan semua ini
Mungkin inilah rezeki yang telah ditetapkan olehNya.

Ya Allah, padaMu aku mohon
Kau peliharalah hidupku dah tetapkanlah imanku

Sesungguhnya jika bahagia yang aku rasa ini hanyalah untuk sementara waktu,
Kau kuatkanlah Imanku.. Aku redha pada segala ujianMu..
Kerana ku tau apa yang terjadi selama ini, Adalah ujian ke atas diriku.

Hanya satu yang ku pinta
Kau bahagiakanlah dia yang ku kasihi..
Permudahkan urusannya dan Kau tetapkanlah imannya..

Ya Allah, Aku bersyukur
Kerana aku telah diberi peluang tuk merasa semua ini
Aku bersyukur kerana aku masih lagi boleh berdiri
Walaupun hati ini menangis,
Kau kuatkanlah semangatku untuk tersenyum kembali..
Biarlah duka yang melanda jiwa
Tapi Kau bahagiakanlah dia..
Kerana kebahagiannya,
Adalah sebahagian dari kebahagian ku juga...

-Aezi @ 2.41am 10/06/2013-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...